PARK — Bina Generasi Soleh, Kumpul Saham Akhirat
PERSATUAN KANAK-KANAK, REMAJA & MASYARAKAT SEMARAK

Bina Generasi Soleh, Kumpul Saham Akhirat.

“Mungkin kita tidak mampu mendidik ratusan anak. Tetapi kita mampu menjadi sebab mereka mengenal Allah SWT.”

Setiap ringgit yang anda sumbangkan membantu kami meneruskan kelas mengaji, program pembinaan sahsiah, kem motivasi, bantuan pendidikan dan pelbagai aktiviti yang membentuk anak-anak menjadi insan yang beriman, berakhlak dan bermanfaat kepada masyarakat.

Malam Apresiasi Pusat Remaja & Kanak-Kanak PARK
PARK Malam Apresiasi — PARK Semarak
BAHAGIAN 01 · MISI KAMI

Kami tidak membina bangunan.
Kami sedang membina MANUSIA.

Anak-anak ini ialah aset umat.

Anak-anak PARK — aset umat
— warga PARK · anak-anak yang kita perjuangkan —
01
Mereka memerlukan tempat yang selamat dan selesa untuk belajar.
02
Mereka memerlukan guru yang akan mendidik mereka menjadi insan mulia.
03
Mereka memerlukan perhatian agar keperluan emosi mereka dapat dipenuhi.
04
Dan mereka memerlukan insan-insan yang sudi membantu walaupun tidak pernah bertemu mereka.

Hari ini, Allah SWT memberi peluang kepada kita
menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka.

BAHAGIAN 02 · BAYANGKAN

Suatu hari nanti…

Seorang anak yang pernah mengikuti program PARK membesar menjadi seorang pemuda soleh.

Dia mendirikan solat.

Dia membaca Al-Quran setiap hari.

Dia mendoakan kedua ibu bapanya.

Dia mengajar anak-anaknya mengenal Allah SWT.

Anak-anak PARK mendirikan solat berjemaah

Setiap kebaikan itu terus mengalir…

Dan di dalam catatan amalan…

Allah SWT turut mencatat pahala buat orang yang pernah membantu perjalanan dakwah dan tarbiahnya.

Itulah indahnya sedekah jariah.
BAHAGIAN 03 · SABDA RASULULLAH SAW
Hadis Riwayat Muslim

Apabila anak Adam meninggal dunia, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara :

  • Sedekah jariah,
  • Ilmu yang dimanfaatkan,
  • Dan anak soleh yang mendoakannya.
— Sahih Muslim
BAHAGIAN 04 · PROGRAM PARK

Apa yang PARK lakukan?

Sepanjang tahun, PARK menjalankan pelbagai program untuk membimbing kanak-kanak dan remaja — berteraskan Islam, sahsiah dan kasih sayang komuniti.

01
📖 Pendidikan
Membentuk asas iman dan minda anak-anak — dari bacaan Al-Quran dan disiplin solat, hingga penguasaan asas akademik.
🏆
Anugerah

Hari Anugerah PARK

Majlis Hi-Tea meraikan pencapaian anak-anak — penyampaian sijil penghargaan, hadiah galakan dan jamuan bersama ibu bapa serta komuniti Semarak sebagai tanda syukur di atas usaha mereka sepanjang tahun.

📖
Mingguan

Rehal Mengaji

Kelas mengaji berterusan setiap minggu, dipandu oleh tenaga pengajar bertauliah. Anak-anak belajar tajwid, bacaan Al-Quran dan hafazan surah.

🕌
Bulanan

Pejuang Hebat Menjaga Solat

Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang rukun solat, cara menunaikan solat dengan betul, serta memupuk kecintaan dan kesedaran untuk menjaga solat sebagai amalan harian.

📚
Mingguan

Kelas Tajwid

Kelas khusus mendalami ilmu tajwid — mempelajari makhraj huruf, hukum bacaan dan seni membaca Al-Quran dengan betul, dipandu ustaz bertauliah.

📿
Tadarus

Tadarus Al-Quran

Program ini bertujuan membimbing peserta untuk membaca Al-Quran dengan lebih lancar dan bertajwid, di samping menyemai kecintaan terhadap Al-Quran serta menggalakkan amalan membaca dan mentadabbur ayat-ayat suci dalam kehidupan seharian.

🎒
Sesi Persekolahan

Back to School

Program ini bertujuan membangkitkan semangat dan motivasi peserta untuk kembali ke sekolah selepas cuti, di samping menyemai sikap positif, keyakinan diri dan kesediaan menghadapi sesi pembelajaran yang baharu.

02
🏕️ Pembangunan Sahsiah
Menyemai keyakinan diri, kepimpinan dan ukhuwwah menerusi kem, qiamullail dan pengalaman luar bilik darjah.
🏕️
2 Hari 1 Malam

Kem Anak Soleh

Kem bermalam yang mendidik anak-anak menjadi insan soleh dan berakhlak mulia — belajar menghormati ibu bapa, menghargai pengorbanan mereka, dan membina disiplin diri melalui solat, muhasabah dan aktiviti hati bersama fasilitator terlatih.

💼
Bengkel

Bengkel Keusahawanan

Membuka minda anak-anak kepada dunia keusahawanan — merancang produk sendiri, kemahiran menjana pendapatan, di samping memupuk minat, kreativiti dan keyakinan diri.

🌙
Bermalam

Qiamullail

Malam ibadah dan muhasabah — remaja bangun bersama, bertahajud, membaca Al-Quran dan berdoa.

🛏️
Sleepover

Sleepover NAZIM

Program bermalam yang mengeratkan ukhuwwah anak-anak NAZIM — daripada aktiviti unggun api, memasak bersama, qiamullail berjemaah, sesi surat cinta buat ibu bapa hinggalah ke majlis penyerahan hadiah untuk ibubapa.

💐
Hari Guru

DIY Hadiah Hari Guru

Bengkel jambangan bunga tangan sendiri sempena Hari Guru — anak-anak belajar erti menghargai jasa guru menerusi aktiviti kreatif menggunakan bunga.

💐
Hari Ibu

Sambutan Hari Ibu

Majlis istimewa meraikan pengorbanan ibu. Anak-anak diajar membuat hadiah istimewa untuk ibu mereka. Anak-anak juga belajar erti menghargai, membalas jasa dan menyatakan cinta kepada insan bernama ibu.

03
❤️ Kebajikan Masyarakat
Menghulurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan supaya anak-anak terus hadir ke kelas dan meneruskan cita-cita.
🌙
Ramadan

Ahlan Ramadan

Program menyambut ketibaan bulan Ramadan — sesi motivasi, ceramah dan aktiviti interaktif bersama anak-anak untuk memupuk kecintaan dan kesediaan menyambut bulan mulia.

🌙
Ramadan

Bakul Ramadan

Pek Indahnya Ramadan — bakul barangan keperluan asas (beras, gula, minyak, mi, sos) disusun dan diagihkan kepada keluarga terpilih di kawasan Semarak sepanjang bulan mulia.

🍽️
Ramadan

Tajaan Iftar

Tajaan juadah berbuka untuk anak-anak Rehal Mengaji sepanjang bulan Ramadan untuk mereka merasai barakah berbuka bersama.

🍲
Muharram

Masakan Bubur Asyura

Tradisi tahunan bulan Muharram — anak-anak dan komuniti bergotong-royong menyediakan bubur Asyura, menyemai nilai kerjasama, syukur dan kasih sesama jiran.

🔪
Amali Sunnah

Praktikal Sembelihan Ayam

Program amali fardhu kifayah — anak-anak dan komuniti diajar tatacara sembelihan mengikut syariat, serta terus membuat sesi praktikal bagi menyemai keberanian, kefahaman hukum-hakam serta semangat gotong-royong dalam menyediakan hidangan.

🤝
Komuniti

Program Kemasyarakatan

Pelbagai aktiviti bersama masyarakat seperti majlis ilmu, gotong-royong dan program bermanfaat bersama — mengeratkan silaturahim antara anak-anak, ibu bapa dan jiran tetangga.

04
⚽ Riadah & Ukhuwwah
Menyihatkan tubuh dan menyimpul hati — mengikat anak-anak, ibu bapa dan komuniti Semarak dalam suasana yang mesra.
Merdeka

Futsal

Perlawanan futsal komuniti yang mengasah semangat berpasukan, disiplin dan sportsmanship — sambil meraikan sambutan Kemerdekaan.

🏞️
Rehlah

Rehlah

Aktiviti mandi & BBQ di air terjun — memberi ruang anak-anak menikmati keindahan ciptaan Allah SWT dan berehat seketika.

🌾
Lawatan

Lawatan ke MARDI

Lawatan sambil belajar ke MARDI — anak-anak menanam padi, mengharung sawah berlumpur, berkayak di tali air dan menerokai Galeri Inovasi Padi untuk mendekatkan diri dengan alam dan warisan pertanian negara.

Semuanya bertujuan membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan dekat dengan Allah SWT.

BAHAGIAN 05 · KETELUSAN SUMBANGAN

Sumbangan anda digunakan untuk…

01Kelengkapan mengaji dan alat bantu mengajar
02Perbelanjaan program-program
03Makanan dan minuman anak-anak
04Sewa dan kos pengurusan
BAHAGIAN 06 · MUNGKIN NILAINYA KECIL
RM10.

…mungkin hanya harga secawan kopi buat anda. Tetapi bagi seorang anak, ia mungkin asbab dia mengenal Al-Quran dan dididik dengan Islam yang sebenar — supaya menjadi insan yang mulia dan berbakti di masa hadapan.

BAHAGIAN 07 · BAYANGKAN APABILA KITA SUDAH TIADA

Bayangkan apabila kita sudah tiada…

  • Rumah → Milik orang lain
  • Kereta → Bertukar pemilik
  • Harta → Sudah dibahagikan
TETAPI…

Masih ada pahala yang mengalir terus masuk ke akaun kita.

Kerana suatu ketika dahulu, kita pernah membantu seorang anak belajar Al-Quran, seorang remaja disiplin menjaga solat, dan membentuk mereka menjadi insan yang soleh dan solehah.

Anak-anak PARK bertadarus Al-Quran
— setiap huruf yang mereka baca, mengalir kembali kepada kita —
Itulah harta paling bernilai
apabila kita bertemu Allah SWT nanti.
Logo PARK
PARK
Persatuan Kanak-Kanak, Remaja, dan Masyarakat Semarak

Sebuah persatuan komuniti yang membentuk generasi berilmu, berakhlak dan dekat dengan Allah SWT — melalui pendidikan, sahsiah, kebajikan dan riadah.

PPM-002-10-24072024

Alamat

  • 11-01-12 Gugusan Semarak 11
  • Seksyen 4, Kota Damansara
  • 47810 Petaling Jaya, Selangor

Kategori Program

  • 📖 Pendidikan
  • 🏕️ Pembangunan Sahsiah
  • ❤️ Kebajikan Masyarakat
  • ⚽ Riadah & Ukhuwwah

Hubungi

  • Facebook / Instagram
Sumbang Sekarang
© 2026 Persatuan Kanak-Kanak, Remaja, dan Masyarakat Semarak. Hak cipta terpelihara.
Dibina dengan kasih sayang untuk anak-anak umat.
SEDEKAH JARIAH Sumbang Sekarang